03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Komposer Saari Amri bantu mangsa ragut, netizen bagi pujian

1 min read

Rakyat Malaysia memang suka menolong.

Itu menunjukkan sifat mulia masyarakat negara ini yang pemurah, saling membantu dan prihatin terhadap nasib golongan yang tidak bernasib baik.

Sebagai contoh, lihat saja golongan cacat penglihatan menjaja tisu di kedai makan. Majoriti masyarakat kita tidak terlalu fikir panjang untuk menderma RM1 ditukarkan dengan sepaket tisu.

Kisah masyarakat negara ini suka menolong turut berlaku pada komposer terkenal, Saari Amri yang berniat baik membantu seorang wanita yang ditimpa kemalangan.

Status Saari yang dimuat naik di akaun media sosialnya, malam tadi.

Menurutnya, seorang wanita bertindak menghampirinya bertujuan meminta duit.

“Saya di datangi perempuan cina menangis nangis minta tolong pinjam duit tuk nak taksi dia cuma ada rm10 dia nangis minta tolong kata nya dia kena ragut melihat lengannya yg penuh darah kerana diseret oleh moto peragut saya bg amoi itu RM20 atas sebab kesiang dia minta no.ac saya tapi saya ckp tak yah saya ikhlas tolong dia,” katanya dalam satu status terkini di media sosialnya.

Apa yang dilakukan komposer popular era 90-an itu menarik perhatian netizen. Rata-rata memberikan pujian, bersyukur dan juga mendoakan komposer itu dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki.

Bagaimanapun ada yang mengatakan wanita tersebut ialah scammer dan berpesan jika perbuatan menolong itu ikhlas, tidak perlu memuat naik perkara tersebut di media sosial.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *