Ella dan Misha Omar muncul bersama
1 min read
Setelah 4 episod bersiaran, program hiburan nombor satu di Malaysia, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan terus menarik perhatian penonton dengan pelbagai kejutan dan aksi dari artis jemputan.
Pada minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan dua artis hebat tanah air iaitu Ratu Rock, Ella dan Misha Omar sebagai artis jemputan.

Gandingan dua penyanyi popular ini sememangnya menggegarkan pentas musim kelima. Gelagat Ella yang bersahaja pasti membuatkan penonton tidak kering gusi melihatnya apatah lagi digandingkan dengan pemenang vokal terbaik 3 kali pada Anugerah Juara Lagu, Misha yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian.
Untuk episod kelima yang akan bersiaran pada malam ini menampilkan artis-artis jemputan yang dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick serta Lan Solo, Zarul Umbrella manakala Amy Mastura sebagai penyiasat jemputan untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyi dalam kalangan peserta.

Program I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

- Kafebuzz.my

