10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ingatkan ‘scammer’ rupanya rezeki dapat jadi finalis, jurugambar profesional kongsi pengalaman menarik sempena Ulang Tahun TV3 Ke-38

2 min read

Pengalaman hidup memang suatu yang sukar dijangka.

Ada yang dirancang tapi tak menjadi, ada pula tak dirancang tapi membawa rezeki. Begitu juga pengalaman menarik dikongsi seorang jurugambar profesional, Rosela Ismail.

Rosela (tengah) ketika ditemubual menerusi program Wanita Hari Ini (TV3). (Foto: Rosella Gonzales – Facebook)

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang menyampaikan satu berita gembira padanya. Bekas jurugambar The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) ini semenangnya cukup dikenali ramai selebriti kerana pengalaman mengambil gambar ketika bertugas sebelum ini.

“Mula-mula dapat panggilan daripada Fiza ingatkan kena pedajal dengan kawan yang buat panggilan hangit sebab dia gelak, aku gelak. Fiza yakin aku bukan ‘scammer’,” katanya menerusi status di Facebooknya, Rosella Gonzales hari ini.

Rosela (kanan) berjaya dipilih sebagai 11 finalis Pertandingan Pulut Berhias sempena Ulang Tahun TV3 Ke-38. (Foto: Rosella Gonzales – Facebook)

Jelasnya, dia terkejut apabila dimaklumkan dia antara 11 finalis Pertandingan Pulut Berhias sempena Ulang Tahun TV3 Ke-38.

“Alhamdulillah dapat 11 finalis pencapaian okay bagi aku… aku terjun dalam bidang ini tak sampai 2 tahun, Mayel’s Rendang buat pulut berhias… pengalaman merasa dok depan kamera, bagi peluang kita glamor gak… dulu ko ambil gambar orang… sekarang rasakan!,” katanya.

Rosela (kanan) menyangka dia menerima panggilan daripada ‘scammer’. (Foto: Rosella Gonzales – Facebook)

Rosela memberitahu pengalaman apabila wajahnya menjadi tumpuan lensa kamera berbanding dia bertugas mengambil gambar suatu ketika dulu, membuatkan dirinya berasa gementar.

“Masa tu aku rasa baik aku jadi jurugambar je, seronok juga lama tak jumpa kawan-kawan di Sri Pentas, bukan kawan-kawan saja tapi jumpa doktor panel Media Prima aku jumpa balik, siap tanya dah okay tak sakit belakang aku,” katanya.

Jika dulu Rosela lebih dikenali rakan-rakan dan selebriti sebagai jurugambar profesional tetapi kali ini semakin popular mnerusi jenama Mayel’s Rendang. (Foto: Rosella Gonzales – Facebook)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *