Go Shop ‘Happy Together’ tawar baucar RM7 juta, diskaun sehingga 80 peratus
3 min read
Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia melancarkan kempen sambutan ulang tahun ketujuh menerusi ‘Happy Together Live Party’.
Program yang berlangsung pada 30 dan 31 Oktober lalu menampilkan ramai selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datin Fouziah Gous, Datuk Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.
Majlis sambutan terbesar Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi ‘Beli 1, Percuma 1’ dan pelbagai hadiah eksklusif. Pelancaran siaran ‘Happy Together Live Party’ menandakan permulaan sambutan ulang tahun Go Shop yang berlangsung selama sebulan sepanjang November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, berkata, Go Shop berjaya melebarkan sayap menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia.
“Justeru, jutaan penghargaan diucapkan kepada pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan vendor/pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini. Mengangkat tema ‘Happy Together’ untuk sambutan ulang tahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana.
“Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat dan paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul dari kami,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian.
“Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian dalam talian. Tambahan lagi, peningkatan populariti rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini.
“Kolaborasi ini menghasilkan/menjayakan lebih banyak program menarik mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan. Go Shop merupakan sebuah platform membeli belah dari rumah terkenal dengan sajian produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama dipercayai ramai, dari produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih segar dan moden – kemas, memudahkan, hadir dengan fungsi yang pelbagai dan pada masa yang sama mampu mengekalkan kehidupan yang sihat sejahtera,” katanya.

Tambahnya, Go Shop sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan.
“Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tidur – Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” katanya.

Kempen sambutan ulang tahun ketujuh Go Shop, ‘Happy Together’ ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80 peratus dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November hingga 30 November 2021.
Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran menarik ini termasuk produk peralatan memasak moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru 2022.

Sepanjang berlangsung kempen istimewa ini, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan ‘Happy Spin & Win Game’ dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000.
Diskaun eksklusif dan rebat diberikan menerusi pembelian GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.
Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari di Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120. Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.
- Kafebuzz.my

