Sampaikan rindu ke kampung dalam Salam Anak Rantau Pantai Timur
1 min read
Jika dahulu, ucapan salam perantau lebih kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
Namun, kali ini suasana Aidilfitri berbeza apabila semua masyarakat di negara ini terpaksa melalui norma baharu menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi mengubat kerinduan terhadap ibu bapa dan keluarga yang berada di kampung halaman, stesen radio GEGAR membuka peluang kepada orang ramai untuk menghantarkan salam dan dedikasi Aidilfitri melalui program Salam Anak Rantau Pantai Timur yang bermula 13 Mei menerusi siaran udara dan media sosial Facebook dan Instagram GEGAR.
Sambil beraya, peminat-peminat radio GEGAR juga boleh berhibur dengan sambutan Facebook Live Rumah Terbuka Penyampai GEGAR untuk kemeriahan personaliti-personaliti radio GEGAR dengan aktiviti menyediakan juadah hari raya bersama ahli keluarga, pada 15 Mei, melalui laman Facebook GEGAR.
- Kafebuzz.my

