Pikat Lines bersama Riena Diana dan Azrel Ismail
2 min read
Siapa mulut manis atau pandai mengayat boleh cuba nasib dalam pertandingan Pikat Lines.
Buat julung kalinya, aplikasi cari jodoh berkonsepkan muslim iaitu Hawaya menganjurkan pertandingan sedemkian bersama personaliti TV Riena Diana dan pelakon Azrel Ismail.
Pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan komitmen Hawaya untuk menggalakkan kaum Adam dan Hawa mencari cinta, ianya juga membantu orang muda untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam usaha mencari pasangan hidup.
Pertandingan ini diterajui Riena dan Azrel ini memerlukan bantuan semua rakyat Malaysia untuk berkongsi ayat memikat yang terbaik di ruang komen Instagram mereka.
Setiap pemenang dengan ayat memikat paling kreatif akan dipilih Riena dan Azrel sendiri untuk berpeluang menerima langganan Hawaya Premium secara percuma selama 6 bulan.
Menerusi Hawaya Premium, pengguna dapat menikmati kemudahan tambahan di dalam aplikasi seperti berkongsi ‘likes’ tanpa had, kebolehan untuk tahu siapa yang melihat profil mereka, ‘boost’ profil sendiri dan banyak lagi.
CEO dan Pengasas Bersama Hawaya, Sameh Saleh berkata, Hawaya menggalakkan semua pengguna untuk membina keperibadian yang progresif.
“Namun begitu, tekanan sosial untuk memulakan keluarga pada usia tertentu menjadi satu kebiasaan terutamanya pada musim perayaan sehingga ia boleh menimbulkan situasi tegang dan tidak selesa ketika bersama keluarga.
“Ini mendorong kami untuk melancarkan pertandingan Pikat Lines dan kami sangat teruja untuk memulakannya di Malaysia. Ayat memikat telah lama menjadi aktiviti seloroh dan penuh jenaka untuk memulakan perbualan dengan seseorang dan kami mahu lihat ia berkembang di kalangan rakyat Malaysia di samping membantu mengurangkan tekanan dalam pencarian cinta,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hawaya merupakan teman setia bagi Muslim yang masih bujang dan mahu mencari jodoh dengan serius. Ia membantu membina hubungan dan memastikan pengguna sentiasa selamat dan selesa sepanjang perjalanan mereka bersama Hawaya. Menerusi pengalaman membina hubungan serius jangka panjang di seluruh dunia sejak 2017, Hawaya berharap supaya lebih ramai penduduk Malaysia dapat menemui keindahan cinta sebenar.
“Perjalanan mencari cinta adalah sangat penting, dan kami mahu memastikan pengguna bertemu kasih yang diidamkan. Bagi golongan Hawa, Hawaya mahu mendorong mereka untuk mencari cinta sendiri, dan memastikan ianya berputik secara semula jadi.
“Sehubungan dengan itu, pada musim perayaan ini, saya menjemput dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk Memulakan Pencarian Cinta Anda bersama Hawaya,” katanya.
Pengguna perlu menghantar ayat Pikat Lines terbaik kepada Riena dan Azrel dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:
- Langkah 1: ‘Like’ Halaman Instagram Hawaya di @hawaya_app
- Langkah 2: Muat turun aplikasi Hawaya
- Langkah 3: Hantarkan ‘Pikat Lines’ terbaik dan sertakan ID pengguna Hawaya anda dalam ruangan komen
personaliti pilihan anda - Langkah 4: Tag 2 rakan anda untuk turut sertai dan sertakan hashtag #hawayapikatlines
Pertandingan Pikat Lines akan berlangsung dari 1 hingga 31 Mei. Maklumat lanjut dan berita terkini boleh didapati dengan melayari www.hawaya.com atau www.instagram.com/hawaya_app/.
Hawaya adalah aplikasi mencari jodoh khusus bagi Muslim yang belum berpasangan untuk mencari jodoh yang berkekalan. Aplikasi Hawaya boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
- Kafebuzz.my

