Pencapaian seni Dr Fitri Haris diiktiraf peringkat Asia
1 min read
Nama penyanyi Dr Fitri Haris kini gah di rantau Asia.
Beliau menerima anugerah Asean Inspiring 2021 sempena Asean Awards 2021 yang berlangsung di hotel JW Marriot, Surabaya Indonesia, kelmarin.
Dr Fitri berkata, beliau bersyukur atas penghargaan yang diterimanya pada majlis anugerah tersebut.
“Walaupun tidak dapat hadir kerana ujian COVID-19, wakil saya telah menerima bagi pihak dan saya bersyukur di lihat dan di pandang untuk usaha yang kecil ini sehingga ke pringkat ASIA dalam memartabatkan NASYID, Pendidikan dan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam status di Instagram akaunnya, semalam.

Beliau berharap anugerah yang diterimanya itu menjadikan dirinya dan kumpulannya lebih kuat berusaha dalam memberi manfaat melalui pendidikan dan perniagaan yang berdaya kreatif.
“Segala Puji bagi Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan senantiasa memberi sokongan selama ini hingga kini dan masa mendatang. Hanya kepada-Nya saya berserah,” katanya.

- Kafebuzz.my

