05/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Kempen #CultureSomethingNice Hargai Budaya Tempatan

1 min read

Sempena kempen #SaySomethingNice, zubedy bersama The School di Jaya One dan Cloudworks Entertainment menganjurkan acara #CultureSomethingNice: Malaysia Cultural Fest 2015 bermula 31 Ogos ini sehingga 6 September depan.

Matlamat utama acara ini sebagai platform untuk memahami kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di negara in sama ada mereka yang tinggal di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan iaitu  bazar budaya, demonstrasi dan persembahan muzikal, demonstrasi produk dan pengalaman masyarakat, permainan, pertandingan, sesi bercerita dan pameran foto.

Acara ini adalah pertama kali diadakan termasuk penganjuran kempen berkenaan yang berharap dapat mewujudkan pemahaman lebih baik dan penghargaan terhadap pelbagai budaya dan tradisi dari Sabah dan Sarawak selain mempromosikan semangat persaudaraan antara rakyat Malaysia.

Menerusi kerjasama dengan The School, acara ini menyediakan lebih pendidikan dan meningkatkan pengalaman kepada orang ramai menerusi inisiatif yang dijalankan sepanjang tahun.

Menariknya, sejak tahun 2011, zubedy sudah menganjurkan kempen #SaySomethingNice bersama meraikan  Hari Merdeka and Hari Malaysia.

image image image
– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *