18/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Bincang Masalah 22,000 Pekerja Industri Bersama PPIM

1 min read

Isu membabitkan masalah yang dihadapi penggiat seni khusus membabitkan gaji pekerja dalam industri hiburan masih terus tergantung dan tiada jalan penyelesaian.

Justeru, sebagai langkah berterusan, satu pertemuan diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), semalam.

Perjumpaan disertai Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang menerima kunjungan Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli yang juga mewakili  PTVM serta Presiden PROFIMA, Kpt (K) Khir Mohd Noor di pejabat PPIM, Villa Putri, Kuala Lumpur.

Menurut ppim4u.blogspot.com, pertemuan itu membincangkan masalah membabitkan nasib 22,000 pekerja industri TV sejak lebih 20 tahun lalu.

Antara masalah utama yang dibangkitkan adalah mengenai gaji pekerja kru masih di bawah paras gaji minima iaitu RM700 sejak 20 tahun lalu.

Pihak GAFIM dan PTVM menyatakan sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan empat orang Menteri menerajui Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Namun, masih tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini dan kali terakhir menerusi kempen ‘Switch Off 14’ yang diadakan pada November tahun lalu.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *