29/04/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Atlet Sukan Olimpik Tokyo, Nur Suryani muncul dalam IKON DMKOSA

1 min read

Nama Nur Suryani Mohamed Taibi tidak asing dalam arena sukan menembak negara.

Sebagai penembak berpengalaman, dia juga antara atlet yang menjadi tumpuan ramai selepas layak atas tiket wildcard untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Bercerita lanjut rasa keterujaan, semangat dan persiapan atlet itu untuk menggalas tanggungjawab besar tersebut, dia akan tampil dalam program bual bicara IKON DMKOSA yang bersiaran jam 9 malam ini menerusi Facebook, Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh Perak – Dmkosa @dmkosaofficial.

Nur Suryani yang pernah meraih pingat gangsa dalam acara 10m air rifle di temasya Komanwel Glasgow juga merupakan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Megat Khas di Ipoh Perak pada tahun 1999.

Sebagai usaha persatuan itu meraikan alumni mereka, program Facebook Live DMKOSA ini juga menghimpunkan ramai bekas alumni termasuk pemain bola sepak Kebangsaan yang akan dijemput sebagai tetamu dalam slot IKON DMKOSA pada masa akan datang.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *