29/04/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Alahai JPN… Mana Khidmat Mesra Pelanggan?

2 min read

Apakah manusia sudah hilang sifat kemanusiaan?

Arwah Michael Jackson pernah menyampaikan mesej jelas menerusi lagu Black or White. Pelakon popular, Susan Lankester juga berdialog soal perbezaan warna kulit dan bangsa menerusi filem Mekanik tetapi kita semua sama.

Bayangkan satu situasi ini. Seorang bapa membawa anaknya yang baru lahir 3 bulan berulang kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pihak berkenaan membantu anaknya mendapatkan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Apa yang berlaku, lelaki warga Myanmar itu memberitahu Kafebuzz, kad UNHCR isterinya yang baru diperbaharui mempunyai nombor kad berbeza sepertimana dicatat dalam sijil kelahiran anak mereka yang didaftarkan di JPN.

Isunya, dia meminta JPN agar membantunya agar membolehkan anaknya memohon kad UNHCR. Mungkin JPN boleh mengeluarkan dokumen berkaitan untuk menyokong maklumat anak tersebut.

Isu ini dianggap remeh tapi apa yang boleh kita belajar di sini adalah bagaimana pihak JPN di bahagian kaunter membantunya untuk menyelesaikan isu tersebut.

Apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai pegawai JPN yang bertugas di kaunter berdepan pelbagai kerenah pelanggan yang datang pada setiap hari?

Jangan biarkan masalah pelanggan tidak faham bahasa Malaysia sebagai alasan untuk memberikan layanan kurang mesra pada pelanggan.

Ingat siapa saja sama ada warganegara Malaysia atau bukan, mereka tetap pelanggan JPN yang datang berurusan mengikut undang-undang. Apa yang dilalui satu keluarga Myanmar ini mungkin dianggap kes kecil yang selalu ‘menyusahkan’ pegawai JPN.

Bayangkan jika kita sendiri berada di tempat mereka tinggal di negara asing dan mengharapakan pertolongan pegawai kerajaan di negara berkenaan?

Bayangkan juga bagaimana kepayahan bapa tadi yang bekerja di tempat cuci kereta terpaksa membawa anaknya masih kecil ke JPN untuk menyelesaikan isu tersebut sehingga terpaksa meminta bantuan anggota RELA di pintu masuk mengisi borang JPN yang diminta.

Sebagai penjawat kerajaan sepatutnya mereka lebih faham, peka, mahir dan bersikap profesional dalam berdepan isu sebegini. Layanan ‘mesra pelanggan’ seperti senyum dan beri penjelasan secara berhemah sentiasa dipraktikkan tanpa melihat rupa, pakaian dan taraf warganegara individu tersebut.

Insiden seperti ini perlu diteliti agar tiada pelanggan lain jadi ‘mangsa’. Agensi penting seperti JPN perlu sentiasa mendukung sikap mesra pelanggan, profesional dan penuh integriti dalam bekerja. Moga kisah si bapa cuci kereta ini jadi iktibar.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *