02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Zul Ariffin bersama Ruhainies dalam Wifi Sebelah Rumah

1 min read

Gandingan pelakon popular Zul Ariffin bersama Ruhainies menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah pastinya menarik perhatian peminat mereka.

Bagi peminat dan penonton setia TV3, drama bersiri ini mula disiarkan menerusi slot Akasia sejak 7 Oktober lalu dari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Drama bersiri 16 episod ini yang diterbitkan Orangetree Production diarahkan Shuhaimi Zulkifli dengan nukilan skrip oleh Shahazril Hamzah turut menampilkan pelakon Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan Ridzuan Hashim. 

Plot mengisahkan Ghaz lakonan Zul Ariffin yang sering mengunjungi sebuah kafe untuk mendapatkan akses internet disebabkan masalah wifi di rumahnya sendiri. Di situ, Ghaz bertemu dengan jirannya Mira (Ruhainies) yang membantu dengan memberi kata laluan Wifi kediamannya.

Sejak itu, Ghaz menyimpan perasaan dan berusaha untuk memikat hati Mira tetapi Ghaz perlu berani menghadap bapa Mira, Uncle Sam (Ridzuan Hashim) yang bersikap tegas. Secara kebetulan Mira mendapat kerja di tempat yang sama dengan Ghaz, jirannya itu risau jika Fizi (Keith Foo) yang juga ketuanya pula berusaha memikat Mira.

Fizi seorang playboy, rupa-rupanya sememangnya rapat dengan Mira. Fizi cuba memikat kembali dan akhirnya membuat keputusan untuk bertunang dengannya. Ini membuatkan Ghaz kecewa. Ghaz tidak mahu mengganggu hubungan Mira dan Fizi walaupun tahu perangai Fizi.

Memandangkan Fizi sering sibuk, Mira meminta Ghaz menemaninya untuk membeli barangan persiapan pertunangannya dan meminta Zizi (Nurin Atiqah) berlakon menjadi tunang Ghaz. Lama-kelamaan Zizi mula jatuh hati pada Ghaz. Mira pula tidak tahu kenapa dia berasa cemburu apabila Zizi mula rapat dengan Ghaz.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *