02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Trio Syahmura juara ZAYAN Nasyid Star

1 min read

Kumpulan Trio Syahmura diumumkan sebagai juara ZAYAN Nasyid Star.

Pertandingan yang membuka peluang dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam industri muzik nasyid tempatan berlangsung dari 16 hingga 27 Ogos lalu menerusi laman Facebook dan Instagram ZAYAN.

Kumpulan Trio Syahmura yang diwakili Mohd Afizandin Ag Tuah (31 tahun), Mohd Hanafi Jaffarsat(28 tahun) dan Muhammad Syuaib Sangkrah (34 tahun) berasal dari Sipitang, Sabah, dinobatkan juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,000 dan berpeluang merakam lagu nasyid baharu di bawah label Rocketfuel.

Sesi penjurian akhir ZAYAN Nasyid Star dijalankan pada 9 September lalu bersama Mawi yang juga penyampai ZAYAN bersama penyanyi Dakmie dan Hudzaifei Hazmi (Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel) menerusi sesi penilaian di Facebook Live ZAYAN.

Peminat boleh menikmati video nyanyian nasyid dari kumpulan Trio Syahmura di Facebook dan Instagram ZAYAN.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *