Tonton drama bersiri High Class, Hometown, The Veil dan One The Women serentak di Korea
2 min read
Peminat K-drama berpeluang menikmati tayangan perdana drama bersiri terbaharu disiarkan pada hari sama di Korea menerusi saluran Oh!K (saluran 394 HD), tvN (saluran 395 HD), ONE (saluran 393 HD), dan K-Plus (Astro GO saluran 396 HD).
Menariknya, peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO. Drama bersiri, High Class membawa genre misteri dan aksi mengenai jenayah di Korea, dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo, Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, bermula siaran pada 7 September ini di K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD).
Drama bersiri, Hometown membawa kisah seram dan misteri pembunuhan bersiri Korea, membariskan Yoo Jae-myung, Han Ye-ri, Uhm Tae-goo dan ramai lagi, bermula 23 September di tvN (Saluran 395 HD).
Drama Korea penuh aksi, The Veil pula menampilkan Nam Goong Min, Park Han Sun, Kim Ji Eun dan Kim Byeong Ki bermula 18 September di Oh!K (saluran 394 HD).
Bagi peminat drama romantik dan komedi, boleh tonton drama bersiri, One The Woman dibintangi Lee Hanee, Lee Sang Yoon, Lee Won Keun dan ramai lagi, bermula 18 September di ONE (saluran 393 HD).

High Class
Bermula 7 September
Selasa & Rabu (9.15 malam)
K-Plus (Astro GO saluran 395 HD)
Sempurnakah kehidupan 0.1 peratus wanita dari golongan teratas di mata masyarakat? Drama ini mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan misteri kepada golongan yang mengalaminya.
Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal dalam kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu.
Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon kerana ingin mendapati perhatian ramai.

Hometown
Bermula 23 September
Khamis & Jumaat (9.15 malam)
tvN (saluran 395 HD), On Demand & Astro GO
Sebuah kisah misteri seram berlaku pada tahun 1999, di mana seorang detektif bersama seorang wanita mencari anak saudaranya yang diculik, dan mereka berganding bahu mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.

The Veil
Bermula 18 September
Sabtu & Ahad (7.50 malam)
Oh!K (saluran 394 HD)
Drama ini mengisahkan ejen NIS berdepan masalah besar dalam organisasi ketika dia mengejar pengkhianat yang merosakkan reputasinya. Ia merupakan satu proses untuk catatan rekod sebagai agen yang membuat dirinya untuk melupakan kenangan lalu dan menjalani kegelapan dalam dirinya.

One The Woman
Bermula 18 September
Sabtu & Ahad (9.45 malam)
ONE (Saluran 393 HD), On Demand & Astro GO
Kisah seorang pendakwa yang terlibat dengan rasuah, Jo Yeon Joo, kehilangan daya ingatannya dalam kemalangan kereta dan terbangun dari koma dengan identiti baru bernama Kang Mi Na, setelah ramai yang keliru kerana persamaan mereka. Dia memulakan kehidupan barunya sebagai menantu kepada keluarga Chaebol dari perkahwinan yang diatur dan dia diharapkan menjadi suri rumah yang konservatif. Sementara itu, suaminya Han Seung Wook, bertemu dengan cinta pertamanya dan dia masih mempunyai perasaan pada wanita itu.
- Kafebuzz.my

