02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Tiba Masa… Zainalabidin raikan ulang tahun ke-40 dalam industri seni

2 min read

Datuk Zainal Abidin kembali beraksi.

Read more: Tiba Masa… Zainalabidin raikan ulang tahun ke-40 dalam industri seni

Penyanyi popular lagu Hijau ini mengumumkan secara rasmi semalam mengenai hasratnya mahu mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya di dalam industri seni tanah air.

Zainal dan Headwind akan beraksi dalam persembahan berjudul Tiba Masa… Zainalabidin.

Konsert yang diberi nama Tiba Masa… Zainalabidin akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pada 29 dan 30 September depan. Acara yang dipersembahkan oleh BSync Live dan X-FWD Management ini akan membuka jualan tiket konsert mulai hari ini (4 Ogos 2023) menerusi www.ticket2u.com.my.

Peminat yang merindui persembahan Zainal kali ini boleh membeli tiket yang menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 bagi tempat duduk kategori Emas.

Zainal meraikan ulang tahun ke-40 pembabitan dalam industri seni tanah air.

Menurut Zainal dalam satu kenyataan media, beliau merancang mahu mengadakan persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen.

Apa yang lebih mengujakan apabila persembahan Zainal turut diiringi kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu zaman kegemilangan mereka dahulu seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin dan Hanya Di Radio.

Zainal Abidin

Headwind bersama Zainal pernah membuat persembahan bersama sebelum ini sewaktu konsert Datuk Zainalabidin, 5 tahun lalu.

Bagi peminat dan orang ramai yang ingin mendapatkan tiket ke konsert Tiba Masa… Zainalabidin boleh klik di https://goo.by/JfeRd.

Selain itu, kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Zainal untuk konsert ini juga boleh dilihat menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram, @tibamasa.zainalabidin

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *