Terbang lebih murah ke Ho Chi Minh dan Hanoi bersama Vietjet
2 min read
Ramai rakyat Malaysia memilih Vietnam sebagai destinasi percutian.
Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi antara lokasi pilihan bukan saja membeli belah pakaian tempatan di sana tetapi mengunjungi pelbagai tempat bersejarah.
Bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi, syarikat penerbangan Vietjet turut menawarkan tawaran eksklusif penerbangan sehala pada harga dari RM166 (harga tiket termasuk cukai dan yuran penerbangan) untuk pelancong dari Malaysia.
Menurut satu kenyataan media Vietjet, tempahan tiket kali ini dibuka dari 11 hingga 17 Oktober 2024 iaitu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh dan Hanoi yang merupakan bandar terbesar serta popular Vietnam. Pelancong dari Malaysia boleh merancang tarikh percutian dari 11 November 2024 sehingga 22 Mei 2025.
“Bagi meraikan sambutan Diwali kali ini lebih bermakna, promosi kali ini juga tidak hanya menawarkan harga tambang yang menarik tetapi akan memberikan beg cenderamata dan menawarkan hiburan dalam pesawat yang menyeronokkan untuk pelancong dari Malaysia termasuk Singapura, India dan Australia,” katanya.
Pada 28 November 2024, Vietjet akan memulakan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Hanoi yang mengukuhkan hubungan dua negara antara Malaysia dan Vietnam network.
“Dengan dua laluan penerbangan dan 14 penerbangan seminggu antara kedua negara, pelancong dari Malaysia lebih mudah menjelajah keindahan bandar Ho Chi Minh atau menyelami kekayaan warisan budaya di Hanoi,” katanya.
Syairkat penerbangan Vietjet meluaskan rangkaian laluan penerbangan merentasi rantau Asia Pasifik dengan pesawat mesra alam dan kru penerbangan yang profesional. Pelancong yang menaiki Vietjet juga berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan panas yang dijual termasuk aneka sayuran ketika dalam penerbangan.
Maklumat lanjut mengenai promosi dan jadual penerbangan boleh melayari laman sesawang www.vietjetair.com atau menerusi aplikasi, Vietjet Air di telefon pintar.
- Kafebuzz.my


