Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!
1 min read
Selepas mengumumkan berita gembira kepada peminatnya baru-baru ini, penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza hari ini berkongsi satu lagi berita gembira buatnya.
Penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang ini menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang – Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Siti hadir pada majlis penganugerahan pingat darjah kebesaran itu di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pagi ini berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Facebooknya bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Penyanyi berusia 38 tahun ini pernah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun 2006.
Tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Moga pengiktirafan ini memberi semangat pada beliau dan anak seni tempatan lain untuk berjaya dalam karier seni.
– Kafebuzz.my






