Sukar diramal dan ‘twist’ plot dalam Selamat Hari Tak Jadi
2 min read
Menonton wayang di rumah ketika ini adalah masa terbaik.
Ia berikutan kes pandemik COVID-19 yang masih meningkat dan pawagam masih tutup. Justeru, ada baik penonton menonton filem terbaharu di rumah menerusi platform Astro First.
Bagi penonton yang mencari filem terbaharu yang menarik untuk ditonton, filem Selamat Hari Tak Jadi masih lagi ditayangkan.
Filem arahan Profesor Datuk Ts Dr A Razak Mohaideen ini menampilkan suatu karya berbeza yang belum pernah dipertontonkan kepada khalayak sebelum ini.
“Filem yang unik kerana genre komedi dan seram dipersembahkan pelakon dalam dua act yang berbeza. Pengalaman menonton juga berbeza dalam satu cerita yang sama,” katanya kepada Kafebuzz.

Ujarnya, plot cerita filem ini juga tidak akan dapat diagak atau diramal penonton jika kali pertama menonton.
“Selepas menonton, tentunya terasa untuk melihat semula apa sebenarnya berlaku kerana ‘twist’ plot.
“Satu bentuk persembahan narrator yang berbeza selepas menghasilkan 42 filem,” katanya.

Beliau menambah, peminat filem yang pernah menonton filem arahannya terdahulu iaitu Syif Malam Raya pasti akan menyukai filem terbaharu, Selamat Hari Tak Jadi kali ini.
Filem yang dibintangi ramai pelakon muda berbakat seperti Janna Nick, Danial Zaini, Zalif Sidek, Issey Fazlisham dan Nasz Sally mula menemui penonton sejak 25 Februari lalu masih ditayangkan di saluran Astro First.



- Kafebuzz.my

