02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Siti Nurhaliza, BTS, Blackpink bersaing JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021

2 min read

Platform penstriman muzik dan hiburan popular Asia, JOOX sekali lagi membuat peminat muzik Malaysia teruja menerusi JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021.

Teka teki lagu dan artis mana yang akan menjadi pilihan peminat muzik tanah air untuk pertengahan tahun ini ditentukan peminat. Seramai 26 pemenang Anugerah Muzik Terbaik bakal diraikan iaitu enam kategori merujuk Anugerah Artis Lokal, Anugerah Hit Lokal, Anugerah Artis Antarabangsa, Anugerah Hit Antarabangsa dan Anugerah HitK-Pop.

Anugerah Top Pilihan Peminat pula diputuskan sepenuhnya oleh peminat muzik Malaysia buat julung kali. Peminat boleh memberikan sokongan padu dengan mengundi artis dan lagu kegemaran.

Menariknya, calon anugerah tahun ini menampilkan ramai artis popular dan kegemaran ramai seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli dan Naim Daniel serta wajah baharu Reedzwann, manakala artis antarabangsa seperti Ariana Grande dan Alan Walker serta bintang K-Pop seperti BTS dan Blackpink.

Bermula dari 9 sehingga 24 Julai ini, peminat dapat menggunakan kuasa mengundi untuk memilih pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021 dengan mendaftar di JOOX.

Pengguna yang menggunakan JOOX secara percuma akan mendapat 60 undi setiap hari manakala pengguna JOOX VIP memperoleh 1,200 undi sehari untuk menyokong idola kegemaran mereka. Pengundi berpeluang memenangi iPhone 12 Pro Max.

Ketua JOOX Malaysia, Angie Tan berkata, kemunculan platform penstriman muzik merupakan waktu terbaik untuk peminat muzik, bukan saja memiliki akses lebih dari 40 juta lagu di pustaka muzik JOOX tetapi mereka diberikan kuasa memilih siapakah artis dan lagu yang paling popular. 

“Kami sangat teruja untuk mengetahui siapakah yang akan dipilih oleh peminat muzik Malaysia dalam enam kategori ini dan kami juga sangat berbesar hati kerana dapat memberikan muzik dan hiburan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Pelbagai kejutan dalam pencalonan untuk pertengahan tahun ini apabila Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan kredibilitinya yang tiada tandingan tercalon untuk Anugerah Artis Lokal; pendatang baharu seperti Aisha Retno, Akhmal Daniel, Lia Aziz, Reedzwann dan Vanessa Reynauld adalah antara artis yang mendapatkan pencalonan untuk Anugerah Hit Lokal buat pertama kali.

Single kedua Reedzwann berjudul Adakah Ini Mimpi mengungguli No.1 di Carta Hit Tempatan JOOX selama 13 minggu; kemunculan muzik EDM sebagai trend di Malaysia; buat pertama kali dua lagu Cina dicalonkan untuk Anugerah Hit Antarabangsa, serta tiga penyanyi Cina (Jay Chou, GEM dan JJ Lin) dicalonkan untuk Anugerah Artis Antarabangsa; dan impak hebat bintang K-Pop Blackpink’s Rosé, TWICE, dan IU kepada peminat mereka di Malaysia.

Selain itu, artis tempatan, antarabangsa dan K-Pop yang popular bersaing satu sama lain untuk mendapatkan Anugerah Top Pilihan Peminat.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: ctdk (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *