02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Simon Cowell Puji Cakra Khan, Netizen Kecam

2 min read

Juri profesional, Simon Cowell memuji kehebatan vokal Cakra Khan.

“Ia suatu yang jarang mendengar vokal sebegitu. Pemilihan lagu kedua membuatkan saya lebih mengenali anda lebih menarik dan lebih terampil sebagai artis. Saya sukakannya,” katanya yang turut memberikan standing ovation pada Cakra selepas habis membuat persembahan.

Ia bukan cabaran mudah buat penyanyi berusia 31 tahun ini mencuba nasib dalam program realiti antarabangsa, America’s Got Talent (AGT) musim ke-18 yang disiarkan menerusi saluran NBC, semalam.

Cakra berjaya menambat hati 4 juri profesional program America’s Got Talent (AGT). (Foto: @CakraKonta – Twitter)

Aksi Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman ketika diuji bakat 4 juri profesional termasuk supermodel Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Mandel juga boleh ditonton menerusi laman sosial Twitter rasmi @AGT.

Bagi Heidi yang memulakan perbualan ketika sesi uji bakat Cakra turut mengakui kehebatan vokal penyanyi Indonesia ini.

Cakra mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di studio termasuk keempat juri profesional berkenaan selepas menyampaikan lagu popular, No Women, No Cry nyanyian Bob Marley.

“Awak mempunyai suara yang unik dan seksi. Vokal awak cukup menyerlah, tidak boleh dilupakan dan sangat istimewa,” katanya.

Cakra menyerlah vokal menerusi lagu No Women, No Cry. (Foto: @CakraKonta – Twitter)

Dalam ciapan Cakra di Twitternya hari ini, dia menyatakan perasaan kecewa terhadap segelintir komen netizen yang mengecam persembahannya kurang bagus ketika uji bakat program tersebut. Malah, ada netizen memberikan alasan Cakra akan gagal di peringkat separuh akhir dan final.

“Mungkin saya tidak sehebat yang lain tapi untuk pengetahuan anda, niat baik saya ingin membawa nama Indonesia.. terima kasih buat yang masih menyokong saya,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *