02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Sembang keindahan solat tarawikh di ZAYAN Tarawikh Talk

1 min read

Stesen ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN menawarkan pengisian ilmiah dan aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk pendengar mereka.

Pendengar ERA berpeluang untuk berbuka puasa bersama Johan, Haniff dan Ray dari JoHaRA Pagi ERA dengan menghantarkan penyertaan bermula 11 April di laman rasmi ERA. Peserta bersama slogan yang menarik akan dipilih untuk berbuka puasa dan beramah mesra bersama personaliti JoHaRa Pagi ERA. Program khidmat masyarakat bersama Goodday pula menyalurkan barangan keperluan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan kawasan terpilih yang akan berlangsung pada 9, 16 dan 23 April 2022.

Khusus buat pendengar SINAR boleh memohon kemaafan daripada seseorang dengan menyertai program Mencari Kemaafan. Kisah-kisah kemaafan yang terpilih bakal membawa pulang hadiah penghargaan sebanyak RM150. Dalam program SINAR Belanja Sahur, pendengar berpeluang untuk bersahur bersama personaliti SINAR.

Menerusi program Projek Sejadah Gegar, radio GEGAR mengambil inisiatif mengagihkan sejadah eksklusif di sekitar masjid di Pantai Timur untuk meraikan Ramadan. Stesen ZAYAN menawarkan program ZAYAN Fikir Istimewa dengan perkongsian ilmu dan fadilat Ramadan yang dijalankan pada setiap hari jam 5 pagi dan 7 malam. Perbincangan bermanfaat tentang keindahan solat tarawikh dikongsikan Mawi dan Anas menerusi program ZAYAN Tarawikh Talk bersama tetamu jemputan sepanjang Ramadan kali ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *