Selebriti Prihatin Isu RM2.6 Bilion
1 min read
Sejak malam tadi, laman media sosial dihujani dengan banyak komen mengenai topik hangat yang menjadi isu negara iaitu RM2.6 bilion membabitkan akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Meskipun kenyataan sudah dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap status wang itu yang sebenarnya adalah sumbangan, pelbagai komen dilontarkan termasuk golongan selebriti tidak terkecuali memberi komen.
Menariknya, ada segelintir selebriti turut memuatkan naik beberapa gambar yang menjadi bahan jenaka terhadap isu terbabit.
Namun, dalam pelbagai komen dan status selebriti di media sosial sama ada Facebook dan Instagram, status daripada penulis lirik terkenal, Habsah Hassan boleh menjadi panduan pada semua pengguna.
Di sebalik pelbagai komen berkenaan, situasi ini juga menunjukkan selebriti juga prihatin terhadap isu negara.
Seperti mana kata Habsah, sama ada penghormatan dan penghinaan ia datang bersama ujian serta mereka yang beriman moga tabah dan cekal apabila berdepan ujian.
Berikut kenyataan SPRM semalam.
– Kafebuzz.my





