01/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Scoot Tingkat Kapasiti Penerbangan

2 min read

Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) mengumumkan peningkatan kekerapan penerbangan dan kapasiti penumpang bagi menyokong permintaan tinggi perjalanan udara pada masa akan datang.

Bermula 6 Jun lalu, penerbangan ke bandar Iloilo, Filipina ditambah daripada dua kepada empat kali seminggu manakala penerbangan ke Cebu juga daripada tujuh kepada 10 kali seminggu bermula 24 Jun ini. Begitu juga, penerbangan ke Davao ditambah kepada 12 kali seminggu mulai 30 Ogos depan berbanding sembilan kali seminggu sebelumnya.

Ruang kabin ekonomi pesawat Scoot.

Bagi kekerapan penerbangan ke Perth, Australia akan ditambah kepada 14 kali seminggu mulai 4 Ogos 2025 berbanding 12 kali seminggu sebelum ini. Kekerapan ke Sydney juga bakal meningkat kepada 14 kali seminggu mulai 5 Oktober 2025 daripada 10 kali seminggu.

Berita baik kepada penumpang, Scoot juga akan meningkatkan perkhidmatan ke Koh Samui, Thailand daripada 21 kali kepada 25 kali seminggu mulai 24 Jun 2025. Selain itu, perkhidmatan ke Taipei dan Seoul (melalui Taipei) akan meningkat dari lima kali seminggu kepada perkhidmatan harian bermula 2 Ogos 2025.

Pesawat Scoot berlatarbelakangkan Singapura.

Sejak 30 Mac lalu, Scoot telah meningkatkan perkhidmatan ke pelbagai bandar di Indonesia termasuk Jakarta dengan 25 kali penerbangan seminggu, peningkatan daripada 19 penerbangan mingguan sebelumnya. Syarikat penerbangan ini turut meningkatkan kapasiti penumpang ke Bali, kini beroperasi menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner bagi semua perkhidmatan 21 kali seminggu.

Kapasiti penumpang ke Yogyakarta juga telah meningkat dengan Scoot beroperasi menggunakan pesawat Airbus A321 untuk semua penerbangan tujuh kali seminggu ke bandar tersebut.

Sejak 30 Mac lalu, kapasiti penumpang ke Taipei dan Tokyo (melalui Taipei) meningkat dengan pesawat Boeing 787 Dreamliner Scoot beroperasi bagi semua penerbangan 12 kali seminggu. Sejak 15 April 2025, kekerapan ke Phu Quoc meningkat daripada lima kepada enam kali seminggu.

Pesawat Scoot ketika berlepas.

Scoot memaklumkan jadual penerbangan adalah tertakluk kepada kelulusan atau pertukaran oleh kerajaan dan badan berkanun. Dalam pada itu, Scoot kekal komited dalam menambah baik rangkaian dan ketersambungan perkhidmatan. Syarikat penerbangan ini akan kekal tangkas, melakukan semakan laluan berkala dan melaraskan kapasiti dengan permintaan bagi perjalanan udara dan keperluan pengembara yang berkembang.

Tambang promosi masa terhad ke destinasi terpilih kini tersedia di laman sesawang dan aplikasi mudah alih Scoot. Penumpang juga boleh mengikuti maklumat mengenai Scoot di media sosial dan langgan surat mingguan untuk menerima maklumat mengenai promosi terkini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan atau tempahan perjalanan boleh melayari www.flyscoot.com.

Pesawat Scoot kini menjadi pilihan ramai penumpang.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *