02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Saya maafkan anak muda yang panggil saya dajjal, memang terkejut saya kena maki” – Ebit Lew

2 min read

“Banyak mesej saya dapat mengatakan saya dajjal, tak guna, setan, jual agama dan makan duit haram. Ini kali pertama saya dapat mesej sebegitu,” luahan penceramah agama terkenal, Ustaz Ebit Lew kepada khalayak menerusi Instagram Live akaunnya, hari ini.

Jelasnya, ramai pihak termasuk sahabatnya menasihatinya agar tidak menjawab segala tohmahan yang dilemparkan individu tertentu termasuk netizen di media sosial.

Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan tampil memberi penjelasan terhadap fitnah yang dilemparkan itu secara langsung menerusi akaun media sosialnya hari ini.

“Biarlah saya nampak hina sampai orang panggil saya dajjal. Majoriti orang saya kenal minta saya jawab.

“Saya bukan perompak atau pembunuh tapi hidup saya begini, agak berat untuk saya jawab. Paling ramai kawan saya di kelab malam, maaf cakap kotor dan jahat, sebenarnya saya tak nak jawab tapi tuduhan ini mengguris hati membabitkan arwah ayah dan keluarga saya. Saya maafkan dia (Nadir) benda ini tak berhenti jadi saya perlu jelaskan,” katanya.

Sebagai hamba Allah, beliau mengakui dirinya bukan manusia yang baik dan banyak dosa.

“Saya pergi sana (Gaza) dengan duit saya sendiri, tidak pernah buka tabung apa-apa untuk pergi Gaza. Saya tak perlu beritahu berapa banyak saya guna duit atau sedekah.

“Ramai yang maki kata saya bawa duit Malaysia ke sana dan saya tak minta Turkish Airline nak ‘sponsor’. Penginapan pun pakai duit sendiri. Saya maafkan anak muda yang panggil saya dajjal, memang terkejut saya kena maki,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak membawa duit Malaysia, duit sesiapa atau membuka tabung Gaza ke sana.

“RM20 juta setahun kat mana bukan saya jawab tapi Nadir. Saya tidak pernah fikir langsung kutip duit ke Gaza.

“Mengenai ‘proposal’ iaitu ‘quotation’ barang AS$40 untuk 1 kotak lebih kurang RM160, kita ambil harga terbaik jadi kita tak terima.

“Soal balas WhatsApp tak balas adalah biasa sedangkan 20 WhatsApp isteri, suami cuma balas 1. Jika isteri pun tak balas, jangan tanya kenapa saya tak balas,” katanya.

Beliau juga menjawab kena ikut jadual seminggu sementara tunggu kelulusan masuk ke Gaza.

“Saya kena tunggu barang dari Dubai dan Qatar untuk masuk ke Gaza. Ada adik Palestin yang sakit kanser, saya mendapat tahu ubat hanya ada di Mesir.

“Banyak barang tiada di sana (Gaza). Barang nak masuk dari Mesir paling cepat 6 bulan, untuk bantuan perubatan sebanyak 4 lori dan 2 treler beli di Mesir, 1 dah masuk. Kat Gaza saya beli barang banyak, juga di Mesir pun banyak,” katanya.

Ebit menjelaskan dia bersama pasukan bantuannya mengambil masa selama 21 jam melalui 21 ‘check point’ sebelum sampai ke Gaza.

“Kami menjangkakan ia hanya mengambil masa hanya 6 hingga 8 jam. Kami berterima kasih pada kedutaan Malaysia di sana, memang jalan di sana kena iring kereta kebal, memang itu jalan dia,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *