02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Saingan hebat Beyonce, Adele, BTS; tonton Anugerah Grammy live di Astro

2 min read

Pelanggan Astro berpeluang menyaksikan acara Anugerah GRAMMY secara langsung esok.

Acara dijangka bermula jam 8 pagi manakala siaran ulangan pada hari sama jam 9 malam menerusi TV di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO. Pelanggan juga boleh strim acara anugerah ini pada bila-bila masa menerusi On Demand, selepas tayangan perdana.

GRAMMY yang merupakan antara anugerah muzik terbesar dunia akan dihoskan pengacara TV dan pelawak popular, Trevor Noahdari di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagi menggamatkan suasana, khalayak akan dipersembahan dengan aksi pentas daripada calon-calon anugerah GRAMMY dan ikon industri muzik dunia antaranya Harry Styles, Bad Bunny, Lizzo, Sam Smith, Mary J. Blige, Kim Petras, Luke Combs, Steve Lacy dan Brandi Carlile.

Calon-calon anugerah tahunan edisi ke-65 ini terdiri daripada penyanyi popular yang pernah meraih kejayaan carta muzik teratas seperti Beyoncé (9 pencalonan), Adele (7 pencalonan), ABBA (4 pencalonan), BTS (3 pencalonan) dan Machine Gun Kelly (1 pencalonan).

Sebanyak 91 anugerah dengan kategori baharu dipertandingkan termasuk Songwriter of the Year, Non-Classical; Best Alternative Music Performance, Best Americana Performance, Best Score Soundtrack for Video Games and Other Interactive Media dan Best Spoken Word Poetry Album.

Sebagai tambahan, anugerah GRAMMY kali ini akan memberi penghormatan kepada sebahagian daripada komuniti kreatif yang meninggalkan dunia pada tahun ini.

Segmen In Memoriam akan menampilkan barisan bintang terhebat termasuk Kacey Musgraves mempersembahkan Coal Miner’s Daughter, tanda penghormatan kepada Loretta Lynn; manakala Sheryl Crow, Mick Fleetwood dan Bonnie Raitt memberi penghormatan kepada Christine McVie dengan Songbird; dan Maverick City Music menyertai Quavo dengan lagu Without You untuk mengingati kehidupan dan legasi Takeoff.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *