Saiful Apek Buat Kejutan Bersama #GITOONS
1 min read
Siapa tak kenal Saiful Apek?
Dulu jika tengok sitkom popular Senario di TV macam tak best bila Apek tiada.
Mesti ramai peminat merindui kemunculan semula Apek berlakon.
Rupanya dalam diam Apek buat kejutan apabila muncul dengan kartun watak dirinya sendiri.
Sebanyak 2 episod kartun yang diberi nama #GITOONS disiarkan di media sosial menerusi Instagram, @saifulapek.
Kelakar ke tak peminat kena tengok sendiri komik versi digital tersebut yang diilhamkan idea oleh Apek sendiri.
Syabas Apek! Mesti ramai peminat tak sabar nak baca episod seterusnya.
– Kafebuzz.my



