02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ronan Keating kembali ke Genting Highlands

1 min read

Mendengar lagu popular When You Say Nothing At All cukup membuai perasaan.

Ia bukan saja mengimbau nostalgia filem Nothing Hill tetapi lagu soundtrack tersebut melonjak populariti Ronan Keating yang tampil dalam versi sendiri menerusi single solo pertama pada tahun 1999.

Penyanyi berasal dari Dublin, Ireland ini yang pernah mencipta nama bersama band pop terkenal Boyzone terus selesa bergerak solo hingga kini. Pada usia 46 tahun, dia masih bertenaga untuk menyanyi dan mengadakan persembahan pentas.

Berita baik buat peminat tempatan, Keating akan kembali mengadakan persembahan iaitu Ronan Keating Concert Live in Malaysia 2023 bertempat di Arena of Stars, Resort World Genting, Genting Highlands jam 8.30 malam ini. Bapa kepada tiga orang anak ini pernah mengadakan persembahan di lokasi sama, tiga tahun lalu.

Ronan Keating kembali ke Arena of Stars, Gentinh Highlands menerusi Ronan Keating Concert Live in Malaysia 2023.

Pastinya, kemunculan Keating kali ini mengujakan peminat yang mahu berhibur dengan lagu-lagu popular lain seperti Words, Baby Can I Hold You, This I Promise You, Life Is A Rollercoaster, Lovin’Each Day, If Tomorrow Never Comes dan banyak lagi.

Bagi peminat yang berhasrat menonton konsert ini boleh membeli tiket berharga RM638 untuk tempat VIP, RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4) di rwgenting.com/my.bookmyshow.com.

Lokasi tempat duduk penonton Ronan Keating Concert Live in Malaysia 2023.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *