RM1000 dalam ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’
1 min read
Peluang menang RM1,000 sempena hari Merdeka.
SYOK mempelawa semua pencipta podcast di Malaysia memuat naik podcast dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM1000 berserta sebuah trofi dalam peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’.
Peraduan sedang berlangsung hingga 5 September depan menerusi aplikasi dan laman rasmi SYOK.
Peserta perlu memuat naik podcast dengan topik berkaitan ‘Apa yang menarik tentang Malaysia’ sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil. Podcast tersebut boleh dirakamkan dalam pelbagai format termasuk perbualan, monolog, temu bual dan lain-lain.
Cara sertai:
- Layari laman peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’ di aplikasi atau laman
rasmi SYOK. - Pilih bahasa untuk podcast yang telah dirakamkan.
- Lengkapkan borang peraduan dan isi maklumat berkaitan podcast beserta keterangan yang diperlukan.
- Muat naik rakaman podcast yang berdurasi antara 15 hingga 35 minit dalam format yang dikehendaki, kemudian tekan ‘Hantar’.
Podcast-podcast yang disenarai pendek akan disediakan di plaform SYOK untuk distrim oleh para pendengar. Podcast yang menerima jumlah pendengar tertinggi dari setiap kategori bahasa berpeluang untuk menang.
Untuk maklumat lanjut, layari anugerahpodcastyok.com atau muat turun aplikasi SYOK.
- Kafebuzz.my

