02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Rasulullah SAW Bersabda didik penonton selami ilmu hadis lebih mendalam

2 min read

TV AlHijrah terus komited mengorak langkah memperkemaskan visi dan misinya menjadi stesen peneraju utama penyampaian nilai Islam. 

Terbaru, TV AlHijrah menyiarkan sebuah program berjudul Rasulullah SAW Bersabda. Program ini adalah tajaan Yayasan Maghfirah, sebuah organisasi berdaftar secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang–Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.  

Rasulullah SAW Bersabda bermula siaran pada 29 November lalu dan terus disiarkan pada setiap Isnin jam 8.30 malam, selama 10 episod. Siaran ulangan pula disiarkan pada setiap Khamis, jam 5 petang.

Seperti yang diketahui umum, hadis berperanan penting sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Hadis juga berfungsi memperjelaskan Kalam Allah dan dilaksanakan melalui perkataan dan perbuatan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sedar akan peri pentingnya ilmu hadis sebagai sumber hukum kedua, program Rasulullah SAW Bersabda diterbitkan sebagai usaha mendidik masyarakat untuk menyelami ilmu hadis dengan lebih mendalam.

Secara ringkasnya, Rasulullah SAW Bersabda adalah sebuah program bual bicara rohani yang meletakkan objektif utama memperkenalkan masyarakat dengan ilmu-ilmu hadis.  Program ini turut memberi penekanan kepada syarahan hadis yang dapat memberikan pencerahan lebih jelas terhadap permasalahan rakyat Malaysia pada zaman ini.

Dihoskan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, program ini membawa misi besar iaitu membudayakan dakwah serta menggerakkan potensi ummah berpandukan hadis agar kita mampu menjadi khalifah terbaik di muka bumi Allah. Selain itu, ia turut melatih masyarakat untuk mengidolakan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan utama dalam kehidupan seharian. 

Program Rasulullah SAW Bersabda disiarkan pada setiap Isnin jam 8.30 malam.

Dr Ahmad Sanusi juga ditemani panel jemputan istimewa seperti Ustaz Zul Ramli Razali, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, PU Amin, Adam Corrie, Azmi Saat dan ramai lagi bagi membincangkan tajuk-tajuk mingguan seperti Tekanan Kemiskinan, Berhemah Di Media Sosial, Berbuat Baik Kepada Bukan Islam dan pelbagai lagi.

Selain program Rasulullah SAW Bersabda, TV AlHjrah juga menyiarkan program istimewa lain pada bulan ini seperti Hijrahkan Laguku (Setiap Sabtu, 9 malam), Cinta Ilmu (setiap Isnin hingga Rabu, 7.30 malam), Analisis (setiap Jumaat, 6 petang), Tijarah (setiap Khamis, 5.30 petang), Syariat Tarekat Makrifat (setiap Rabu, jam 9 malam), Biografi Agung (bermula 16 Disember, setiap Khamis jam 8.30 malam) dan Gema Haflah (bermula 31 Disember, Jumaat, 9 malam)

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *