02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Qalbox bersama Astro tawar kandungan program muslim secara eksklusif

3 min read

Qalbox daripada Muslim Pro, perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan pelbagai kandungan Islam di peringkat global, berkolaborasi dengan Astro menyiarkan kandungan yang fokus Muslim secara eksklusif.

Sejajar dengan matlamat Muslim Pro untuk menjadi rumah digital bagi segala perkara yang berkaitan dengan Muslim, kerjasama strategik ini menjadi detik penting dalam landskap hiburan negara. Justeru, ia menawarkan pelbagai pilihan kandungan Muslim untuk pelanggan Astro di seluruh negara.

Menerusi kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box sebagai tambahan, menawarkan rangkaian kandungan yang luas untuk komuniti Muslim. Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.

Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar, dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario, baru-baru ini.

Sejak penubuhannya, Qalbox boleh diakses dengan mudah di dalam aplikasi Muslim Pro, laman sesawang, dan TV. Muslim Pro menunjukkan komitmen yang mendalam untuk melabur dalam pasaran Malaysia secara konsisten.

Menyedari populasi belia Muslim yang mahir dalam teknologi di negara ini serta visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi bagi kandungan Islam, Muslim Pro melancarkan Qalbox di Kuala Lumpur pada Disember 2022. Kerjasama terbaru dengan Astro lebih mengukuhkan lagi komitmen Muslim Pro untuk berkhidmat bagi komuniti Muslim di Malaysia dengan meningkatkan aksesibiliti bagi pengguna.

Pelanggan Astro berpeluang menonton program menarik ditawarkan Qalbox. (Foto: Astro)

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Muslim Pro, Fara Abdullah berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro yang merupakan penyedia hiburan terkemuka di Malaysia untuk memperluaskan jangkauan Qalbox dalam kalangan penonton Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh.

“Dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin bahawa Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia serta memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan,” katanya.

Menurutnya, Qalbox terus berusaha memaparkan identiti Muslim dan bagaimana kepercayaan dapat diintegrasikan dalam gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri yang menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang memberi merangsang minda, animasi kanak-kanak, realiti TV, dan banyak lagi.

Penonton boleh menyelami karya asli Qalbox yang menampilkan siri-siri yang merangsang pemikiran seperti I Am Muslim, cerita peribadi yang menyentuh hati daripada Food From the Heart, dan bacaan al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.

Bagi kanak-kanak, prgram Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan. Sementara itu, program bersiri menarik seperti Omar, The Sultan and Khan, dan Little Mosque on the Prairie, meneroka naratif yang mendorong tentang budaya Muslim. Malah, Qalbox menawarkan sesuatu untuk pelbagai peringkat penonton.

Qalbox kini bekerjasama dengan Astro. (Foto: Astro)

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar pula berkata, Astro gembira untuk mengumumkan Qalbox dari Muslim Pro di platform Astro, yang mana ianya akan dapat memperkayakan rangkaian aplikasi siaran global terbaik.

“Penonton Muslim kami kini dapat menikmati kandungan berfokuskan Islam dengan penambahan lebih daripada 1,000 jam kandungan SVOD Qalbox yang kini tersedia untuk penstriman di Ultra dan Ulti Box kami. Kini kami mempunyai kandungan menarik daripada 12 aplikasi penstriman video, termasuk aplikasi Astro GO ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan.

“Kami gembira atas usaha ini dengan Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, dan percaya bahawa ini akan lebih melengkapkan tawaran kandungan yang kukuh daripada Astro, Astro Signatures dan Astro Originals, hingga sukan dan berita secara langsung, animasi kanak-kanak, dan kini pelbagai kepelbagaian budaya Muslim di seluruh dunia, semua dengan sentuhan mudah dengan satu butang,” katanya.

Pihak Astro dan Muslim Pro berdedikasi untuk membina komuniti peminat hiburan yang menikmati kandungan yang berbilang budaya dan memberi santapan rohani. Kerjasama ini mahu mengubah konsep hiburan penonton Malaysia, dengan menyediakan ruang khas buat mereka yang menghargai kepelbagaian budaya dan identiti Muslim.

Selepas tempoh dua bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka pada tawaran eksklusif.

Layari www.astro.com.my/QalboxMuslimPro untuk mengemas kini langganan. Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03-9543 3838.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *