PSY rakam aksi lagu Janna Nick!
1 min read
PSY pun minat Gatal.
Mungkin ia menimbulkan tanda tanya atau macam tidak percaya apabila penyanyi popular Korea, PSY rupanya peminat lagu Gatal nyanyian artis tempatan, Janna Nick.
Merujuk dua ’posting’ yang dimuat naik penyanyi antarabangsa itu menerusi akaun media sosialnya hari ini, dia membuat rakaman aksinya sedang melakukan ‘selfie’ di atas kerusi yang dipercayai berlaku dalam sebuah bilik persalinan artis.
Sambil memegang telefon pintar, PSY yang sedang duduk di atas bangku menggunakan lagu Gatal sebagai muzik latar rakaman video aksinya itu.

Sememangnya aksi PSY yang mempunyai 2.6 juta pengikut di akaun Instagramnya itu dengan lagu Gatal menarik perhatian lebih 248,000 ‘likes’ dan lebih 2,000 komen dalam ‘posting’ pertama.
Dalam ‘posting’ kedua pula yang dimuat naik dua jam lalu menunjukkan sudut kamera (POV) daripada rakaman telefon pintarnya itu meraih hampir 70,000 ‘likes’.
PSY yang pernah mencipta fenomena di seluruh dunia menerusi lagi Gangnam Style pada tahun 2012 nampaknya meminati lagu Gatal yang turut digilai ramai peminat Janna yang mempunyai 6.2 juta pengikut di Instagram.
- Kafebuzz.my

