03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Program hiburan terbaik Korea dan Thai hanya di Oppa Mania

2 min read

Siapa peminat drama Korea dan Thailand?

Istimewa buat pelanggan Astro, bermula 1 Julai 2022 Astro membawa saluran terbaharu, Oppa Mania mempersembahkan pelbagai program Korea, konsert K-pop, filem Korea dan Thai. Saluran hiburan terbaharu ini disediakan kepada semua pelanggan dari 1 hingga 31 Julai, menerusi Saluran 100, On Demand dan Astro GO.

Pelanggan Astro berpeluang menonton saluran Oppa Mania secara percuma dari 1 hingga 31 Julai ini.

Drama jenayah berjudul ‘Taxi Driver’ lakonan Lee Je-hoon, komedi romantik iaitu ‘My Strange Hero’ lakonan Yoo Seung-ho, drama-romantik seperti ‘How Are You Bread’ lakonan Suho dari EXO, ‘The Witch Store’ lakonan Yeo One dari Pentagon, ‘Love As You Taste’ lakonan Chani dari SF9 menjadi sajian terbaik kepada penonton.

Tidak ketinggalan, drama-drama romantik seperti ‘Backstreet Rookie’ lakonan Ji Chang-wook, ‘Descendants Of The Sun’ dibintangi Song Joong-ki, ‘Love In The Moonlight’ bersama Park Bo-gum dan ‘Are You Human’ menampilkan aksi Seo Kang-joon manakala drama romantik Thai antaranya ‘Frog Prince’ dan ‘Love At First Hate’ lakonan Son Yuke Songpaisan, ‘Man Of Vengeance’ dijayakan Tor Thanapob, boleh distrim pada bila-bila masa menerusi On Demand dan Astro GO.

Filem terbaik Thai berjudul ‘Love At First Hate’ menanti penonton di saluran Oppa Mania.

Lebih daripada itu, kumpulan K-pop popular EXO dalam siri pengembaraan, ‘EXO’s Travel the World on a Ladder’, musim 1 hingga 3. Program permainan yang menampilkan kumpulan Astro pula dipertontonkan menerusi ‘Astro’s 1001 Night’ serta siri temu bual bersama K-idola kegemaran seperti Treasure, Ateez, SF9 dan ramai lagi dalam ‘K-Pop Idol League’.

Peminat K-pop juga boleh berhibur dengan konsert-konsert Korea menarik termasuk 2019 KCON Thailand, KCON: TACT 2020 Summer, 2021 KCON: TACT 5, 2021 SBS Super Concert in Daegu dan menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan popular BTS, IU, Stray Kids, Enhypen di Golden Disc Awards untuk tahun 2021 dan 2022.

Program temu bual bersama K-idola kegemaran seperti Treasure, Ateez, SF9 dan ramai lagi dalam ‘K-Pop Idol League’.

Buat kaki wayang, filem-filem pecah panggung Korea dan Thai termasuk ‘Parasite, Train To Busam, EXIT, My Annoying Brother, Crazy Romance, Art Of The Devil 1, 2 & 3, Pee Nak’ dan ‘Reside’ akan disiarkan menerusi Saluran 100.

Filem seram Thai, Pee Nak juga disiarkan menerusi saluran Oppa Mania.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *