02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Percaya kepada perancangan Allah” – KJ belanja nasi lemak

2 min read

Khairy Jamaluddin atau KJ berjaya membuktikan dia adalah penyampai radio popular.

Pencapaian terbesar bagi karier seorang penyampai radio itu diraih KJ pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Mantan Menteri Kesihatan itu berkata, perubahan kerjaya hidupnya daripada seorang ahli politik kepada selebriti memberi ruang padanya untuk belajar perkara baharu.

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin seketika, mungkin lama). Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh,” katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.

KJ meraih kejayaan pertama kali sebagai penyampai radio.

Menurutnya, persetujuannya untuk masuk ke dalam bidang radio pada mulanya dianggap gurauan atau usikan tetapi dia berterima kasih pada stesen radio nombor satu, Hot FM yang memberi peluang padanya menjadi penyampai radio.

“Mungkin ia bermula sebagai troll atau prank, tetapi Hot FM memberi peluang kepada saya ke udara melalui radio. They took a chance on me. Terima kasih kepada mereka. Terutama Nazri, Jake, Aaron dan Shah. Saya ditemukan dengan sosok-sosok radio yang hebat: AG, Fara dan Johan.

“Mereka mengajar saya selok belok industri baharu. It’s never too late to learn something new. Even for an old guy like me! Tidak lupa kepada semua yang behind the scenes: Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle and team. Kemenangan ini milik anda semua,” katanya.

KJ meraih Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 36.

Dalam ucapan kemenangan di atas pentas malam tadi, KJ turut menyatakan syukur pada Allah atas anugerah baharu yang diterimanya itu.

“Seperti mana saya sebut semalam dalam ucapan saya, dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t. Trust in His plan,” katanya.

Poster kempen KJ untuk ABPBH.

Dalam pada itu, KJ juga menyatakan hasrat untuk menunaikan manifesto yang dijanjikan sebelum berlangsung acara anugerah berprestij tersebut.

“Menang pun dah, manifesto kena tunaikan! Jom kita makan ramai-ramai di Nasi Lemak Saleha, Ampang pada Isnin, 14 Oktober bermula 7 pagi hingga 10 pagi. Jumpa anda disana,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *