Penggambaran ketika PKP dibenarkan tapi perlu mohon SPP Khas
1 min read
Aktiviti penggambaran dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, syarikat produksi yang ingin menjalankan penggambaran perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) dan segala penggambaran tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam satu kenyataan media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan Permohonan SPP Khas boleh dibuat mulai 6 Mei 2021 hingga 17 Mei 2021 melalui laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my.
“Bagi kawasan yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) boleh meneruskan aktiviti penggambaran dengan syarat perlu mematuhi SOP penggambaran yang ditetapkan oleh pihak MKN serta semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.
“Butiran lanjut berkenaan mengenai daerah dan kawasan yang dikuatkuasakan PKP boleh didapati menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan SPP Khas pula boleh menghubungi pegawai Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS iaitu Mohd Mikail Amran di talian 03-41041458 atau Mohd Hasbullah Mohd Amir (03-41041360).
- Kafebuzz.my

