03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Pemergian Ng Man-tat catat 1.27 bilion tontonan

1 min read

Pemergian aktor terkenal Hong Kong, Ng Man-tat pastinya dirindui ramai peminat komedi di seluruh dunia.

Peminat lebih mengenali aktor veteran itu dalam lakonan bersama hero terkenal, Stephen Chow ketika kegemilangan filem mereka sejak 90-an.

Media antarabangsa melaporkan aktor itu meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat barah hati. Khabarnya pelakon itu pernah banyak kali memberitahu rakannya dia menderita dan melalui masa yang sukar ketika sakit.

Dia dikatakan mengambil morfin setiap empat jam untuk melegakan kesakitan tetapi ia tidak lagi berkesan, seperti dilaporkan CGTN.

Media Oriental Daily News juga melaporkan aktor itu memegang lemon dan menjilatnya dari masa ke semasa untuk merangsang air liur.

Aksi Ng Man-tat (kanan) bersama Stephen Chow dalam filem Shaolin Soccer. (Foto: stephenchow622 – Instagram)

Aktor yang dilahirkan di Xiamen, Fujian, China itu berpindah ke Hong Kong pada usia 7 tahun. Dia mencuba nasib sebagai pelakon pada tahun 1973 sehingga dikenali ramai di sisi Stephen Chow dalam pelbagai filem genre komedi yang mereka lakonkan bersama.

Antara filem kegemaran ramai peminat ialah Fight Back to School; Justice, My Foot!, Love on Delivery, Hail the Judge, God of Cookery dan Shaolin Soccer.

Berita kematian aktor itu semalam ditangisi ramai peminatnya lebih 1.27 bilion tontonan yang menjadi ‘trending’ menerusi aplikasi Weibo. Netizen turut mengucapkan takziah pada keluarga mendiang.

Akaun peminat Stephen Chow turut memuat naik satu foto kenangan mereka berdua dalam filem Shaolin Soccer di Instagramnya, @stephenchow622.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *