03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Peluang sertai produksi bertaraf dunia

2 min read

Penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang pernah berlangsung pada penghujung tahun 2022 merupakan acara berprestij yang menggunakan teknologi canggih di Encore Melaka.

Tetamu yang hadir pada malam itu berpeluang merasai pengalaman menakjubkan bagaimana auditorium berputar 360 darjah yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Penganjuran FFM32 di Encore Melaka memberikan pengalaman menakjubkan kepada penonton.

Empat tahun berlalu selepas operasi diberhentikan akibat pandemik COVID-19, Encore Melaka kini mencari bakat seni persembahan sebagai persiapan musim baharu produksi teater bertaraf dunia.

Pertama kali dibuka pada Julai 2018, teater Encore Melaka yang berkapasiti 2,000 tempat duduk merupakan pentas persembahan luar negara yang pertama bagi Siri Impression dari China ditubuhkan pada tahun 1998 oleh pengarah terkenal, Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang Chaoge.

Produksi yang mendapat pujian tinggi ini menampilkan lebih 200 artis mengadakan persembahan berlatarbelakangkan pemandangan air dan pemetaan cahaya yang memukau yang hanya dirasai ketika berada di lokasi.

Kecanggihan Encore Melaka turut menyaksikan kesan khas secara fizikal dalam dipersembahkan dengan baik.

Pengasas Encore Melaka, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, selepas berjaya mengharungi cabaran pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini, pihaknya berasa amat berbangga untuk kembali ke pentas semula.

“Dengan ketibaan semula pelancong dan Melaka sebagai destinasi popular yang kaya dengan budaya, kami teruja dalam mengalukan bakat tempatan baharu dan menyertai kami dalam mencipta produksi baru,” katanya dalam satu kenyatan media.

Pentas boleh bergerak dan berputar sebanyak 360 darjah membuatkan penontn berada kagum.

Menariknya, Encore Melaka yang bergabung tenaga dengan WYC Dance Studio dan Arts Centre (WYC) dalam menyediakan platfom kepada artis yang sudah berpengalaman mahupun masih baharu untuk mempamerkan bakat, sesi uji bakat terbuka akan diadakan pada 26 Mei ini dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Bagi syarat penyertaan, ia terbuka pada mereka yang berumur dari 18 hingga 30 tahun, mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan,bersedia dengan 1 minit persembahan yang menunjukkan bakat sendiri dan mempunyai pengalaman pentas (tidak diwajibkan).

Encore Melaka mempelawa mereka yang berminat untuk turut serta sebagai artis persembahan.

Individu yang berminat diminta mengisi borang penyertaan, https://bit.ly/ENCOREMELAKAAUDITION dan menghadiri sesi uji bakat terbuka untuk proses yang lebih lancar. Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, sila lengkapkan borang tersebut sebelum jam 5 petang, 26 Mei 2024, dan akan dihubungi secara berasingan.

“Menyediakan arena antarabangsa untuk artis tempatan kami mempamerkan bakat mereka adalah sesuatu yang sangat dekat di hati kami.

“Kami percaya, bukan sahaja akan meningkatkan nilai artistik persembahan kami, tetapi juga menghidupkan semula misi kami dalam menyampaikan kisah-kisah kaya yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai. Artis tempatan kita turut boleh menunjukkan bakat mereka kepada penonton dari dekat dan jauh,” katanya.

Ruang yang lebih luas untuk set persembahan memberikan tarikan kepada penonton.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *