02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Peluang penggiat seni sambung belajar bersama FINAS dan Yayasan Felda

2 min read

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri meneruskan agenda kebajikan terhadap penggiat industri kreatif menerusi pelaksanaan Program Pengajian Kemahiran Komuniti Seni Prihatin hasil kolaborasi bersama Yayasan Felda.

Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri, FINAS, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata inisiatif ini dilaksanakan bertujuan menyediakan ruang dan akses pembelajaran kemahiran di peringkat pengajian tinggi kepada penggiat industri kreatif termasuk anak warga penggiat industri bagi mengikuti pengajian kemahiran berasaskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang akan dijalankan di Kolej Yayasan Felda bagi sesi kemasukan pada April, Julai dan Oktober 2021.

“Program Pengajian Kemahiran Komuniti Seni Prihatin ini terbuka kepada penggiat industri kreatif termasuklah anak-anak warga penggiat industri yang memenuhi kriteria iaitu warganegara Malaysia, berumur 16 hingga 30 tahun, bujang, sihat tubuh badan dan bebas rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak Yayasan Felda juga berbesar hati menawarkan Program Kemahiran Sepanjang Hayat (PKSH) yang merupakan kursus jangka pendek dalam masa sehari melibatkan bidang kulinari, pastri, tatasajian, asas komputer dan jahitan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar mahir Kolej Yayasan Felda.

“Peserta yang mengikuti program ini akan diberikan sijil penyertaan dan sebahagian peralatan asas selepas menamatkan kursus tersebut.

“Permohonan bagi mengikuti Program Pengajian Kemahiran Komuniti Seni Prihatin ini dibuka untuk pendaftaran bermula 19 hingga 28 Mac 2021 melalui pautan https://forms.gle/bDodvzTKY5X45FWs6. ,” katanya.

Ujarnya, pemohonan yang berjaya memenuhi kelayakan akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk saringan seterusnya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh berhubung dengan Muhamad Ikmal Jamaluddin di talian 03-79682182 dan emel di muhamadikmal@finas.my atau Irda Kartini Irwan Helmi Jame di talian 03-79682182 dan emel di irdakartini@finas.my.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *