02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Peluang menang RM2,000 menerusi ‘ERA-fluencer’

1 min read

Individu berbakat dalam penerbitan video berpeluang menang wang tunai RM2,000.

Menerusi pertandingan ‘ERA-fluencer’ iaitu mencari bakat digital baharu bersama WinWin, ia bermula 6 hingga 13 Disember 2021 menerusi platform Instagram dan TikTok.

Mereka yang berminat menjadi peserta perlu mempunyai kemahiran dan bakat dalam bidang pengacaraan, penghasilan video serta penyuntingan kandungan digital. Menariknya, juara ‘ERA-fluencer’ bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, produk WinWin dan kontrak bersama pasukan digital ERA.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan setiap peserta perlu menghasilkan kandungan digital dalam format video mengikut topik yang digemari.

Peserta juga perlu memuat naik kandungan tersebut di platform Instagram ataupun TikTok dengan tanda pagar: #ERAfluencerwinwin. Kandungan video mesti asli dan mengikut kreativiti masing-masing.

Lima peserta terbaik akan disenarai pendek ke peringkat penilaian dan perlu mengikuti cabaran yang ditetapkan oleh pihak ERA.

Semua peminat juga boleh menyaksikan penjurian akhir ‘ERA-fluencer’ yang akan diadakan secara langsung pada 29 Disember nanti, jam 8.30 malam menerusi Facebook dan YouTube Live ERA.

Selain itu, peminat ERA juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan menarik dari penyanyi tempatan pada malam penjurian akhir.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *