Peluang cipta nama di Hollywood, WCOPA 2022 kembali
1 min read
Sesiapa saja boleh mencipta nama di pentas dunia, Hollywood.
Jika anda berbakat dalam bidang nyanyian, tarian, bermain muzik atau instrumen, peragaan dan lakonan, jangan lepaskan peluang mencuba nasib menerusi pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA).
Acara tahunan yang menampilkan 70 negara mengambil bahagian dalam kategori yang dipertandingkan sudah tentu mengangkat prestij dan pencapaian di peringkat antarabangsa.
Bersaing dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian bukan saja memberi cabaran pada setiap peserta untuk memberikan persembahan terbaik sebaliknya, pengiktrafan dari Hollywood memberikan kebanggaan pada karier seni masing-masing.

Penyanyi terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, Deja Moss, Noryn Aziz, Norish Karman dan pelakon Putri Mardiana antara selebriti tempatan yang pernah meraih kejayaan menerusi acara ini.
Jadi, bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin di sini. Jangan lepaskan peluang menyertai WCOPA 2022.
Bagi mereka yang berminta boleh menghantar penyertaan untuk menyertai pasukan Malaysia ke Hollywood dengan menghubungi atau mesej di WhatsApp di talian 017-3101288. Maklumat lanjut boleh melayari akaun media sosial Facebook di Worldstars Malaysia.
- Facebook.my

