02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Peluang calonkan guru Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s

2 min read

Jasa guru pada pelajar memang sukar dihitung.

Bagaimanapun, usaha mereka dalam mendidik pelajar sewajarya dihargai. Justeru, rangkaian makanan francais popular, McDonald’s terus meraikan golongan pendidik ini menerusi Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s.

Penganjuran anugerah buat kali kelima ini bermatlamat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada guru atas semangat dan kegigihan mereka.

Seramai 25 guru yang terpilih akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 manakala pencalonnya pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Sejak diperkenalkan pada 2017, AGI menerima lebih 17,000 pencalonan dengan lebih 81 guru hebat di seluruh negara menerima anugerah itu.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata inisiatif utama McDonald’s ini bertujuan menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang ikhlas menabur bakti melebihi tugas-tugas hakiki mereka. McDonald’s berhasrat mengiktiraf guru-guru yang bukan sahaja membimbing pelajar dari segi akademik tetapi juga merangsang minda serta memupuk pelbagai kemahiran melalui sikap hormat dan prihatin yang ditunjukkan.

“Pada tahun lepas, guru-guru di seluruh Malaysia telah menyesuaikan diri dan menunjukkan kebijaksanaan, daya tahan dan kekuatan ketika mereka mengharungi tempoh mencabar yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Mereka bukan sekadar menggalas tanggungjawab sebagai guru, malah lebih daripada itu. Oleh itu, sebagai menghargai semangat dan kegigihan mereka, kami ingin terus meraikan mereka dengan Anugerah Guru Inspirasi kali kelima ini.

“McDonald’s Malaysia komited untuk memastikan guru-guru rasa dihargai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membuat perubahan positif dalam kehidupan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Tarikh akhir menghantar pencalonan ialah pada 18 April 2021.

Jelasnya, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat kerana mereka membentuk minda generasi muda.

“Sejak penularan pandemik ini, peranan mereka semakin penting berikutan cabaran yang dihadapi semasa peralihan kepada pembelajaran atas talian.

“Beberapa kisah inspirasi membuktikan betapa mereka berdedikasi dalam membimbing pelajar dan kami berharap dapat mendengar lebih banyak lagi kisah luar biasa mereka. Sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka, kami mengajak pelajar, ibu bapa dan guru-guru di luar sana untuk menyertai kami dengan mencalonkan seorang guru bagi Anugerah Guru Inspirasi ini,” katanya.

Hanya tiga langkah mudah untuk mencalonkan guru bagi menyertaikan pertandingan ini iaitu:

Langkah 1 – Layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

Langkah 2 – Hantar borang pencalonan dan ceritakan bagaimana guru anda telah memberi inspirasi kepada anda (dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin).

Langkah 3 – Lampirkan gambar guru untuk menyokong pencalonan anda

Antara kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru-guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan lain dari yang lain, menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar, dan memberi impak positif kepada pelajar.

Penerima anugerah akan dipilih dengan teliti oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan pihak media.

Kongsi kisah inspirasi tentang guru luar biasa sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina dan hantarkan pencalonan pada bila-bila masa dari 2 hingga 18 April 2021.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *