03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Pak Karim jadi tumpuan 25 orang selama 30 minit

1 min read

Biasanya gadis cantik menjadi subjek untuk dilukis pada kertas lukisan tapi kali ini giliran Pak Karim dipertontonkan kepada peserta.

Pak Karim atau pendukung watak tersebut iaitu Dr Ahmad Ibrahim atau mesra dipanggil Mat London perlu duduk di tengah yang dikeliling peserta-peserta Ekspo Komik dan Kolektor Tempatan (COMIX 2022).

Menurut Mat London, dia terbabit dalam pertandingan Battle Karikatur Pak Karim yang memberi ruang kepada setiap peserta melukis dirinya yang duduk di depan.

“Pelukis kena berimaginasi bagaimana rupa dan gaya Pak Karim,” katanya kepada Kafebuzz.

Tambah Mat London, beliau hanya perlu duduk selama setengah jam di hadapan 25 peserta untuk melukis gambarnya secara karikatur.

“Secara peribadi, saya turut berbangga apabila orang lain melukis rupa saya. Tak sangka ramai peminat rupanya sampai saya letih bergambar,” katanya.

Watak Pak Karim cukup popular dalam kalangan penonton hingga dijadikan subjek karikatur. (Foto: Mat London)

Acara ini merupakan anjuran Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik) yang berlangsung di pusat membeli-belah Summit USJ pada 19 hingga 21 Ogos lalu.

Mat London perlu duduk selama setengah jam untuk pertandingan Battle Karikatur Pak Karim. (Foto: Mat London)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *