Nak tukar tempat mengundi Pilihan Raya Umum? Ini cara paling mudah!
2 min read
Mungkin ramai rakyat Malaysia sudah tidak sabar mengundi.
Tapi masih ada persoalan bermain di fikiran. Apakah rakyat Malaysia perlu daftar semula sebagai pemilih (pengundi) meskipun pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum sebelum ini atau jika mahu tukar tempat mengundi bagaimana?
Jawapan soalan pertama tidak perlu daftar semula cuma anda perlu mempunyai akaun MySPR menerusi pautan di laman sesawang Suruhajaya Piliharaya Malaysia (SPR). Langkah pertama anda buat Semakan Daftar Pemilih menerusi MySPRSemak.
Masuk nombor kad pengenalan dan nombor catcha (diberikan dalam laman sesawang MySPRSemak). Kemudian tekan Semak. Selepas itu anda boleh mencetak maklumat anda dalam Semakan Daftar Pemilih.
Menurut laman sesawang SPR menyatakan pemilih boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat. Persoalan dalam fikiran pemilih ialah satu hal pula nak pergi pejabat SPR tersebut?

Jangan risau, jangan pening!
Pemilih juga boleh buat segala urusan berkenaan termasuk memohon pertukaran tempat mengundi hanya menerusi dalam talian (online) iaitu di MySPR.
Langkah tukar tempat mengundi:
- Buka portal MySPR
- Log masuk akau atau klik Permohohan Akaun Baharu.
- Isi maklumat (termasuk alamat emel) diminta SPR termasuk gambar depan Kad Pengenalan dan gambar selfie diri sendiri bersama kad pengenalan.
- Selepas segala maklumat diisi dan dihantar, anda akan menerima satu notifikasi menerusi emel anda untuk proses seterusnya iaitu mengaktifkan akaun.
- Dalam emel tersebut ada dinyatakan ayat – Sila klik pautan di bawah untuk MENGAKTIFKAN AKAUN anda menggunakan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan No. Telefon yang telah didaftarkan. – klik pada pautan di bawah ayat tersebut yang berwarna biru.
- Selepas itu anda perlu log in masuk ke dalam akaun MySPR anda (perlu masukkan no. TAC)
- Dalam akaun MySPR anda, klik pada Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihanraya / Pertukaran Status)
- Selepas mengisi segala butiran di dalam Borang A dan hantar, anda kemudian boleh mencetak atau menyimpan butiran permohonan anda dalam Borang A tersebut dalam format PDF dengan memuat turun.
- Anda akan menerima mesej menerusi emel – Dimaklumkan bahawa Borang A ( Pertukaran Bahagian Pilihan Raya/ Tukar Status) tuan/puan TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
Itu saja. Mudah dan tak perlu bazir duit minyak atau masa ke pejabat SPR.
Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu mengundi pada Pilihan Raya Umum. Kita sebagai rakyat Malaysia adalah penentu masa depan kita sendiri, ingat walaupun hanya satu undi daripada anda, ia amat bernilai demi perubahan dan jaminan masa depan kita semua termasuk generasi akan datang.
Selamat datang buat pengundi 18 tahun.
- Kafebuzz.my

