01/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Mickey Mouse rancang temu janji di Clubhouse, ajak peminat ke Genting Highlands

2 min read

Watak kartun popular Mickey Mouse dan Minie Mouse cukup digemari ramai kanak-kanak. Ia bukan saja merentasi generasi tapi masih relevan ditonton sehingga kini.

Bagi peminat watak berkenaan, persembahan konsert istimewa iaitu Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! akan dipentaskan di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands, Pahang dari 29 Ogos depan hingga 1 September 2025.

Konsert yang akan berlangsung selama empat hari dengan lapan persembahan menakjubkan ini menampilkan watak-watak kesayangan daripada siri Disney Jr. dalam pengembaraan muzikal yang interaktif dan penuh keseronokan.

“Penonton akan dapat menyaksikan persembahan langsung yang menampilkan Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties, Puppy Dog Pals dan Team Spidey. Dengan gabungan nyanyian, tarian, visual 3D yang mempesona, dan aksi akrobatik yang mendebarkan, persembahan ini menjanjikan satu pengalaman yang bakal menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tiket konsert Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! sudah mula dijual sejak 11 Jun lalu.

Menariknya, bagi persembahan Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! kali ini, Mickey Mouse merancang satu temu janji permainan paling hebat untuk rakan-rakannya di Clubhouse. Namun, apabila fenomena cuaca hijau misteri mengancam keseronokan, Team Spidey dari Marvel’s Spidey and His Amazing Friends tampil untuk menyelamatkan semua.

Antara lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan termasuk Hot Dog! nyanyian Mickey Mouse Clubhouse, Oopsie Kitty (Super Kitties) dan Do the Spidey (Marvel’s Spidey and His Amazing Friends).

Penerbit Terrapin Station Entertainment, Jonathan Shank berkata, selepas mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat dan membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa di London, mereka amat teruja untuk membawa produksi ajaib ini kepada keluarga di Malaysia.

Untuk makluman peminat, tiket sudah mula dijual pada 11 Jun lalu mulai jam 12 tengah hari menerusi rwgenting.com dan ticketingtix.com. Peminat juga boleh mengikuti perkembangan terkini persembahan konsert ini menerusi Instagram, Facebook, TikTok dan tanda pagar rasmi #DisneyJrTour.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *