02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Media Prima ungguli 5 anugerah MOTAC

1 min read

Media Prima Berhad menerima lima anugerah pada malam apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini.

Anugerah Media Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara -anugerah yang diterima adalah sebagai penghargaan kementerian tersebut kepada pengamal-pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Anugerah Media JKKN 2021 ini disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Sri Nancy Shukri. Media Prima Berhad menerima dua kategori anugerah iaitu menerusi Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Kategori Media Cetak Terbaik 2021. 

Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 diberikan kepada program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi Melodi diwakili Mohd Rose Abdullah. Sementara Kategori Media Cetak Terbaik 2021 diberikan kepada Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus. Masing-masing membawa pulang plak dan sijil penghargaan dari JKKN.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *