Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ‘pukul’ Hollywood
1 min read
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus menarik perhatian penonton ke pawagam.
Sejarah perfileman tempatan menyaksikan filem terhebat buat masa kini yang ditayangkan sejak lebih 2 bulan lalu berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM97 juta.
Menerusi info terkini daripada akaun media sosial filem tersebut, @filem_matkilau di Instagram menyatakan kutipan berkenaan diperolehi menerusi tayangan di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
“Alhamdulillah. Dengan Izin Allah, filem negara kita menjadi tuan dibumi sendiri. Filem ini telah mengatasi semua kutipan tertinggi tayangan filem Hollywood di negara kita.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong filem ini. Kepada anda yang belum menonton filem ini, filem ini masih lagi ditayangkan dipawagam,” katanya.

Pengarah filem ini, Syamsul Yusof turut menyampaikan ucapan tahniah kepada produksi Studio Kembara atas kejayaan terbesar sejarah filem Melayu.
Atas sambutan memberangsangkan penonton tempatan, filem lakonan utama Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau ini turut ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos lalu.
- Kafebuzz.my

