KKMM tubuh MEDIKK sedia infrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif
1 min read
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menubuhkan Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, MEDIKK merupakan satu platform hubungan secara langsung antara KKMM dan pentadbiran Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat secara berkala bagi membincangkan secara keseluruhan berkaitan portfolio KKMM iaitu penerangan, industri kreatif, telekomunikasi dan ekonomi digital.
“Keanggotaan MEDIKK yang dipengerusikan oleh saya, adalah terdiri daripada wakil Exco setiap negeri yang memegang portfolio berkaitan manakala bagi Wilayah Persekutuan, keanggotaan adalah Menteri Wilayah Persekutuan.
“Penubuhan MEDIKK ini adalah selaras dengan objektif KKMM untuk menyediakan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif demi membangun ekonomi digital, memperkasa teknologi maklumat dan komunikasi negara, memangkin industri kandungan kreatif, serta memperluas dan memperdalamkan penyampaian dan penyebaran maklumat secara strategik,” katanya dalam satu kenyataan media.

- Kafebuzz.my

