Kembara RIUH 2023 singgah Fraser Valley
1 min read
Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menyasarkan 20,000 pengunjung dijangka hadir.
Acara anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu.

Menurut Kumpulan MyCreative Ventures dalam satu kenyataan media menyatakan Kembara RIUH 2023 kali ini membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat.
Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan. Sebanyak 25 gerai makanan menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5 dan ke bawah.

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air antaranya Datuk M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.
Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor akan bermula jam 4 petang hingga 10 malam esok manakala acara pada 29 dan 30 Julai 2023 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari Instagram rasmi @riuhinthecity.


- Kafebuzz.my

