01/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Kehebatan TUDM di LIMA ’25

2 min read

Kelibat pesawat pejuang mempunyai Jalur Gemilang pada badan menarik perhatian khalayak.

Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Sukhoi Su-30 MKM membuat penampilan dengan wajah baharu pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung hari ini hingga 24 Mei ini.

Kehebatan pesawat Sukhoi Su-30 MKM ini bukan saja cukup menyerlah dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih sebaliknya, aksi di awan biru mencuri tumpuan pengunjung. Ia sekali gus menunjukkan aset pertahanan udara Malaysia berada di tahap terbaik.

Berikut beberapa foto menarik yang dirakam pada pertunjukkan udara yang diadakan di Pulau Lagenda tersebut yang membuka tirai acara edisi ke-17 hari ini. Beberapa keping foto juga dikongsi oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di media sosial mereka yang dirakam oleh Kawalan Trafik Udara (ATC) Langkawi.

Pada acara LIMA’25 kali ini, pelbagai aset ketenteraan Malaysia dipertontonkan kepada khalayak antaranya pesawat Sukhoi Su-30MKM dari No 12 Skuadron, F/A-18D Hornet (No 18 Skuadron), A400M Atlas (No 8 Skuadron), EC-725 Caracal (No 10 Skuadron) dan C-130 Hercules (No 20 Skuadron).

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) berlangsung hari ini hingga 24 Mei ini. (Foto: Canon Malaysia)
Aset TUDM masih gah dan menggagumkan pengunjung. (Foto: Canon Malaysia)
TUDM mempamerkan kehebatan aset pertahanan udara pada acara LIMA’25. (Foto: Canon Malaysia)
Pesawat tentera paling menarik perhatian ramai. (Foto: Canon Malaysia)
Juruterbang pesawat tentera memerlukan semangat dan keberanian yang tinggi. (Foto: Canon Malaysia)
Lagak pesawat F/A-18D Hornet yang menjadi kebanggan negara. (Foto: ATC Langkawi)
Pesawat F/A-18D Hornet beraksi hebat di angkasa. (Foto: ATC Langkawi)
Aksi pesawat F/A-18D Hornet yang menggerunkan. (Foto: ATC Langkawi)
Persembahan menarik daripada pesawat TUDM. (Foto: ATC Langkawi)
Antara tarikan LIMA’25 ialah aksi aset TUDM. (Foto: ATC Langkawi)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *