02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Kain samping saya pakai ni pun adalah kain batik cap ayam. Crown di tanjak tu pun rembat daripada adik ipar” – Aie Ibrahim cipta kejayaan di Sepanyol

3 min read

Watak kartun Usop Sontorian cukup gah dalam dunia animasi tanah air.

Bagaimanapun tidak ramai kenal individu disebalik populariti kartun animasi tersebut ialah Khairi Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Aie Ibrahim. Kehebatannya dalam bidang animasi bukan saja menarik perhatian khalayak tempatan tetapi karya yang dihasilkan berjaya meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, karya animasi Pillar Of Strength menerima Anugerah Thematic di Memorial MariaLuisa Photo & Video Contest Ke-33 (MML33) yang berlangsung di Asturias, Sepanyol. Sebelum ini, karya tersebut mencipta pelbagai kejayaan di festival-festival filem luar negara termasuk Best Animated Short di Golden Femi Film Festival 2020 Bulgaria, Global Short Film Awards, New York, Lost Angeles Animation Festival dan International Motion Picture Awards, Kanada.

“Walau hampir seminggu festival MML33 ini berakhir, kenangan berada atas pentas ini adalah antara satu kenangan yang sangat manis bagi saya. Dalam 1,700 gambar dan video yang di hantar ke pertandingan ini, kami antara yang bertuah terpilih untuk edisi ke-33 ini,” katanya dalam satu status di media sosialnya.

Aie menerima Anugerah Thematic pada acara Memorial MariaLuisa Photo & Video Contest Ke-33 (MML33) yang berlangsung di Asturias, Sepanyol baru-baru ini. (Foto: Aie Creatvtoon)

Pillar Of Strength mengisahkan konflik kekeluargaan antara seorang pahlawan Iban di Sarawak dengan anaknya yang berumur 10 tahun yang dirasakan tidak menghormati dan mengerti budaya dan adat resam budaya Iban.

Pengalaman Aie dalam bidang animasi bermula ketika membangunkan siri animasi Usop Sontorian yang juga merupakan kartun animasi pertama dalam bentuk 2D di Malaysia sekitar tahun 1994. Dua tahun selepas itu, dia menyertai penerbitan filem animasi pertama negara Silat Lagenda arahan Hassan Muthalib pada tahun 1996. Dalam filem itu, dia juga melakonkan watak Hang Tuah.

Bagi karya The Pillar Of Strength, Aie memilih karya berlatarbelakangkan budaya kehidupan suku kaum Dayak di Borneo melalui aspek kerohanian dan spiritual serta penglibatan alam semula jadi. Dia berkeyakinan pengisahan dari suku kaum Iban mempunyai kekuatan tersendiri dari aspek nilai kormesial dan budaya yang boleh mengangkat martabat karya di pentas dunia.

Aie (depan, tiga dari kiri) bersama-sama pemenang-pemenang pada acara Memorial MariaLuisa Photo & Video Contest Ke-33 (MML33). (Foto: Aie Creatvtoon)

Bergaya berbaju Kebangsaan

Di sebalik kejayaan di peringkat dunia itu, Aie juga berkongsi momen indah dari Asturias, Sepanyol apabila mengenakan baju Melayu dipadankan dengan samping dan tanjak yang menyerlah identiti Melayu dan Malaysia.

“Bila saya menggayakan busana ini di majlis tempoh hari, dari peserta-peserta Spain, Italy, American, Poland, France, Germany dan lainnya.. mereka bertanya.. gaya apa ni? kenapa ada bulan bintang atas kepala?”

“Cantik corak di kain yg melilit badan awak ni.. orang lain pakai coat, kenapa awak berlainan?. Alhamdulillah.. They were so surprise wth my outfit when I shared some info to them,” katanya.

Kelibat Aie berbaju Melayu bersama samping dan tanjak menarik perhatian khalayak antarabangsa. (Foto: Aie Creatvtoon)

Jelasnya, dia memberitahu rakan-rakan baharunya pakaian yang digayakannya ketika perayaan besar seperti Aidilfitiri atau majlis perkahwinan.

However, I’m bring a little element of Pua Kumbu from the dayak tribes in Borneo kerana karya seni yg saya menang ini adalah tentang budaya mereka. Thanks Kenny Tomy,

“Saya akui, persediaan saya amat simple kerana hadir tanpa budget yang besar. Saya datang bukan untuk berbelanja sakan. Saya tak nak lari dari matlamat dan niat asal saya.

“Kain samping yang saya pakai ni pun adalah kain batik cap ayam. Crown di tanjak tu pun rembat daripada adik ipar Avatar Utan masa raya last week. Pasrah je dia bila saya cabut dri tanjak dia. TQ bro! Ada tuah anda di sini.

“Dari awal saya tetapkan matlamat. Demi Memperkasakan budaya melalui animasi, dan matlamat saya sedang dinilai masyarakat dari dunia Eropah,” katanya.

Kejayaan Aie di pentas antarabangsa menjadi pencapaian terbaik filem aimasi Malaysia. Foto: Aie Creatvtoon)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *