Isarb mahu bawa jenama ke Singapura, Brunei dan Indonesia
1 min read
Pemenang anugerah YouTubrity 2021 (AYM 2021), Isa Isarb (iSARB Clan) bercadang mengembangkan perniagaan pakaian jenamanya ke peringkat antarabangsa.
Menurut Isa atau nama sebenarnya Isa Bathrul Zaman, dia tidak menghadkan potensi dirinya hanya menceburi satu bidang sebaliknya mempelbagaikan bidang yang menarik minatnya untuk diceburi.
“Kita tengok pemain bola terkenal David Beckham, dia tidak fokus hanya kepada bermain bola sahaja, tetapi dia juga telah menceburi bidang peragaan, perniagaan dan juga pengiklanan sepanjang menjadi pemain bola sepak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, dia sudah lama menyimpan niat menjalankan perniagaan dalam bidang pakaian. Selepas melancarkan produk pakaian jenamanya di bawah Isarb Sdn Bhd pada Januari 2020, permintaan daripada pengikut YouTube terus meningkat dari hari ke hari.
“Sebelum ini, kami berjaya menjual topi di bawah jenama Isarb kurang dari 24 jam selepas ia dilancarkan. Sambutan yang begitu memberangsangkan itu telah menjadi buah mulut netizen, terutama mereka yang mengikuti perkembangan Isa,” katanya.
Ujarnya, Isa mengintai peluang untuk memasarkan pakaian jenamanya ke peringkat lebih jauh. Sebagai permulaan, Isa bercadang memasarkan produk pakaiannya ke Singapura, Brunei dan juga Indonesia pada suku ke-3 2022. Antara pakaian yang boleh didapati di bawah jenama Isarb Sdn. Bhd. adalah seperti kemeja-t, hoodie, lanyard, topi dan beanie.
- Kafebuzz.my

